hellraizer
Ahli Forum MyPS
MyPS SUPERFRIEND CLUB
Posts: 392
|
Post by hellraizer on Feb 23, 2009 10:14:54 GMT 8
Pada satu hari, di tengah-hari yang panas terik dek mentari...ada sepasang suami isteri yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya... Si suami seorang yang panas baran sehingga tak tertahan2 barannya kalau marah, walhal yang si isteri pulak seorang yang amat penyabar dan lemah lembut...
Setelah 20 minit berlalu,keadaan kesesakan jalan raya masih belum surut membuatkan si suami tadi mula naik darah dan melenting2, bagaikan nak terkeluar stereng kereta dihempap2nya. . suami: hish,marah betul aku! diorang ni,kalau nak betulkan jalan pun,buat la waktu lain,ini tak...masa ni jugak terhegeh2 nak buat!
isteri: sabarlah bang...tengok tu,kan ramai orang kat depan tu,accident kot.. suami: arrrgghh..kau diam! orang perempuan mana tahu hal2 macam ni! oooo,accident ye?!
Dengan perasaan marah,si suami tadi keluar dan menghempap pintu kereta sehingga terperanjat isterinya yang ada penyakit lelah itu..
isteri: eh,abang! nak ke mana tu? suami:kau jangan banyak tanya! duduk aje dalam keta ni,aku tau la apa nak buat!
Dengan marah yang masih meluap2,si suami tadi berjalan dengan angkuhnya menuju ke arah orang ramai yang mengerumuni sesuatu tidak jauh dari situ...tiba2, si suami tadi menarik nafas dalam2 dan menjerit sekuat...
suami: TEPI..TEPI!! ...AKU ABANG DIA! AKU ABANG DIAAAA..!!!
mendengarkan si suami tadi terjerit2 begitu, secara automatik semua orang beri laluan kepadanya. si suami tersenyum2 dan memuji dalam hati 'menjadi jugak taktik aku'. apabila si suami sampai saja di tempat kejadian,bagaikan nak terkeluar biji matanya melihat 'adiknya' yang terlantar tak bernyawa... mana tidaknya, 'adiknya' itu SEEKOR KHINZIR!!kesiaaann. ..
|
|
hellraizer
Ahli Forum MyPS
MyPS SUPERFRIEND CLUB
Posts: 392
|
Post by hellraizer on Feb 23, 2009 10:15:33 GMT 8
Salah sebuah sekolah menengah dari Kemaman membuat rombongan sambil belajar ke Putrajaya.
Di dalam perjalanan tersebut berlakulah satu insiden apabila salah seorang dari murid-murid yang mengikuti rombongan itu terasa terlalu sakit perut hendak buang air besar. Mahu tidak mahu terpaksalah murid tadi memberi tahu pemandu bas tersebut supaya berhenti agar dapat dia melepaskan hajatnya itu.
"Pak Cik boleh tolong berhenti tak kerana saya tak tahan nak buang air besar ni..." pinta murid itu terketar-ketar sambil menggosok-gosok perutnya.
"Nak buang air besar.....? Hishhh.., perasaan awak sahaja tu!!" sahut pemandu itu selamba. Sebenarnya pemandu tu malas nak berhenti dan memang sudah menjadi tabiat dia susah untuk bersimpati pada orang lain.
"Betul Pak Cik..., saya memang betul-betul sakit perut ni" rayu murid itu.
"Tak ada apa-apanya, itu semua hanyalah perasaan awak sahaja, percayalah kata Pak Cik" balas pemandu itu tersengeh-sengeh l antas menepuk-nepuk bahu murid itu.
"Tolonglah Pak Cik....." rayu murid itu terus.
"Beginilah..., awak duduklah belakang kerusi Pak Cik ni sebentar dan nanti awak tidak akan terasa lagi hendak buang air tu....."
Dengan muka yang berkerut-kerut terpaksalah murid itu menurut kata pemandu tadi. Pemandu itu pun meneruskan perjalanan. Dalam lima minit kemudian pemandu tadi tiba-tiba terhidu sesuatu yang tidak menyenangkan. Makin lama semakin kuat baunya. Lantas pemandu tadi berpaling ke belakang dan bertanya murid tadi.
"Eh..., awak berak ke? Busuknya..."
Murid itu pula dengan selamba menjawab. " Hisshhh..., Mana ada. Itu perasaan Pak Cik saja.., saya tak bau apa-apa pun....!!!""
|
|
hellraizer
Ahli Forum MyPS
MyPS SUPERFRIEND CLUB
Posts: 392
|
Post by hellraizer on Feb 23, 2009 10:16:39 GMT 8
Sang ayah dan ibu sangat marah ketika mengetahui anak perempuan mereka, seorang penjual bunga telah hamil.
"Siapa si bedebah itu !" jerit sang ayah, sedang si ibu menangis. "Suruh dia datang kesini!"
Si anak pun sms teman lelaki ( seorang wazir) yang menghamilinya.
Setengah jam kemudian sebuah Ferrari merah dengan lampu ambulan di atsnya berhenti di depan rumah. Seorang lelaki agak tua yang berbangsa cina keluar dari kereta, mengetuk pintu lalu masuk ke rumah. Lelaki itu berhadapan dengan ibu dan ayah perempuan yang telah dihamilinya.
Dia berkata, "Sayalah orangnya…saya yang telah menghamilkan anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak mengizinkan".
Namun bagaimanapun, saya akan bertanggung jawab. Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah hotel dan wang tunai.
Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan untuknya dua buah kereta mewah, dua buah supermarket, dua buah hotel dan wang tunai.
Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?"
Sang ayah berfikir. Si ibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu, sang ayah berkata, "Kalau keguguran, kamu cuba lagi ya !!"
|
|
hellraizer
Ahli Forum MyPS
MyPS SUPERFRIEND CLUB
Posts: 392
|
Post by hellraizer on Feb 23, 2009 10:17:24 GMT 8
Thank You Seven
Hendak dijadikan cerita, ada seorang pemuda yang baru je pandai bercakap Inggeris. Perkataan yang dia tau plak seperti ; ok never mind, thank you, one, two, three, four five, six, seven dan bye-bye
Pada suatu hari pemuda ini bergegas hendak ke tempat kerjanya sebab terlewat, sambil membawa beberapa barang. sedang asyik dia berjalan laju tiba-tiba dia terlanggar seorang mat salleh. Habis jatuh barang yang dibawanya, mat salleh itu pun membantu pemuda itu mengambil barang-barangnya yang jatuh.
Pemuda ; ( inilah peluangku untuk menguji kehebatanku berbahasa inggeris ) katanya dalam hati. Mat salleh ; Oh, I'm sorry Pemuda ; It's ok, never min. Thank you. Mat salleh ; Thank you too. Pemuda ; ( hmm..lepas two, mesti three ) thank you three. Mat salleh ; ( hairan ) what for? Pemuda ; ( four..four hmm five ) thank you five. Mat salleh ; Are you sick? Pemuda ; ( alamak, lepas sick.. seven pas aku tak tau dah.. mesti mau cabut ) Sambil mengambil barangnya... pemuda itu pun berteriak dari jauh .. Thank you seveeen! bye-bye . Mat salleh ; ( bingung )
|
|
hellraizer
Ahli Forum MyPS
MyPS SUPERFRIEND CLUB
Posts: 392
|
Post by hellraizer on Feb 23, 2009 10:18:49 GMT 8
Alkisah ada seorang lelaki yang berusia lewat 50an dan bekerja sebagai CEO disebuah syarikat yang besar di KL. Pada suatu hari tu... Boss ni memanggil la dia punya seketeri masuk ke ofisnya... seperti biasa seketerinya pun masuk la... Tolong buatkan saya surat untuk kita punya client... Si Boss ni pun mula la cakap dia punya mukadimahnya... biasa la Boss... malas nak tulis... cakap punya cakap... Boss ni pun pusing-pusing meja sambil tangan masuk dalam poket seluar... 10 minit kemudian acara mengarang ayat pun habis... si seketeri pun mula bersuara... Seketeri : Boss... pagi tadi kan... masa saya nak datang ke Ofis... saya nampak pintu garage boss terbuka... Boss : (Dalam keadaan kelam kabut) ye ke... tak apa, nanti saya call rumah...terima kasih... Si seketeri pun blah balik ke meja dia... dan si Boss pun call rumah dia tanya wife dia... Boss : Yang... tolong tengokkan garage rumah kita... pintu dia terbuka la... Bini : Tak la bang... baru tadi saya tengok... mana ada terbuka... Boss : Iye... terbuka... cuba pergi tengok semula. Bini : Tidakkkkk, tertutup... saya tahu la bang... Boss : Pergi la tengok... kalau tak terbuka macam mana orang boleh nampak? ? Bini : Okay la... okay la.. Setelah setengah jam kemudian... masa Boss ni tengah relek-relek... baru dia perasan yang zip seluar dia terbuka... (dah memang perangai dia tak suka pakai underware... ) maka nampaklah... mengelabahlah si Boss ni memikirkan mana macam nak cover malu kat seketeri dia tu...dan petang yang sama juga... Boss : Errr... tadi pagi masa you nampak garage I terbuka... ada tak you nampak BMW kat dalam tu? Seketeri : Tak... yang I nampak cuma ada Mini Cooper; dengan dua tayar depannya pancit woakakaakakakaakakakkak.....
|
|
hellraizer
Ahli Forum MyPS
MyPS SUPERFRIEND CLUB
Posts: 392
|
Post by hellraizer on Feb 23, 2009 10:21:57 GMT 8
sembahyang...
kat sebuah kg, terdapat sekumpulan remaja yang suka lepak. sorang name ali, budin dan ciko. aktiviti depa ni, menyebabkan mate tok imam kat kg tu tak senang. pada satu hari, tok imam tu datang nak tarbiyah depa ni. maka berlakulah pentekaran kecil antara du golongan tersebutt.
nak di pendekkan cite. tok imam tu mencabar mangkuk 3 ekor 2 ke surau. si ali berkata" tok ingat kami ni jahil sangat ke? takpa kami buktikan yang kami bukan nye jahil seperti yang si sangkakan". maka pegilah tiga ekor tu ke surau. tok imam menyuruh ali untuk azan. ali pun tanpa berlengah terus je" allahtaala....allahtaala..". maka terselahlah kejahilan ali. bila nak sembahyang je, tok imam td anggakat takbiratulikram.... angkat sekali tak kusyuk g.. angkat 2 kali tak kyusyuk g.. masuk je kali yang ketiga.. budin panggil tok imam " tok duduk kat belakang, biar saye je yang imam" tok imam pun undur le kebelakang. budin pun angkat le takbiratul ikram... allhahuakbar.... maka si makmum pun ngikut le si budin ni... tiba- tiba budin pusing ke belakang dan berkata" tengok tok sekali jee!!"
maka terserlah kebodohan si budin. tok imam pun meminta si ciko lak untuk jd imam. si ciko ni tidak lah pulak nak menolak. die terus je jd imam solat tersebut.. bermulalah dari takbir sampai le abis sembahyang. sip ade wirid dan doa laie... punye lah raspek tok imam kat si ciko niii.. mase tengah dok sembang tok imam memuji leee si ciko nii.. make dengan bongkaknye si ciko berkata " tu belum ambil wuduk laie tu, kalau dah amik, macam2 lagi boleh buat!!!"
|
|
hellraizer
Ahli Forum MyPS
MyPS SUPERFRIEND CLUB
Posts: 392
|
Post by hellraizer on Feb 23, 2009 10:23:27 GMT 8
Bos power?
Ni kisah satu org makhluk yg dilantik menggantikan bos asal sebuah kompani
besar. Disebabkan masalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan selalu cuai +
pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit firstday dia kat kompani
tu. So, sape2 yg dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot. Mmg
malang tidak berbau, dia ternampak seorg pekerja yg sedang dok nyandar kat
tepi dinding.
"Yg berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja
tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan.
"Bape gaji awak?" dia bertanya dgn nada yg agak keras
"Dalam RM800" pekerja tu menjawap
Bos tu menjawap, "Nah amik ni Rm800,BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS2 PEGI
TEMPAT LAIN"
Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek.
Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka paham, sape
malas, sure kene pecat!
Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas.Sebelum
bos itu masuk semula ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorg
pekerja disitu,"Mamat tadi tu kerja department mana?"
Jawap si pekerja,"Owh, dia tu dtg anto pizza, tak keje sini pun".
|
|
hellraizer
Ahli Forum MyPS
MyPS SUPERFRIEND CLUB
Posts: 392
|
Post by hellraizer on Feb 23, 2009 10:26:01 GMT 8
Cerita 1 Satu pagi di stesen keretapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas kaunter... Makcik: "Anak, keretapi sampai jam berapa??" Petugas kaunter: "Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang, jam 7 Gemas. Makcik nak pergi mana?.." Makcik: "Makcik nak melintas aja."
Cerita 2 Bidin melihat rakannya, Wafdi.. sedang membuat kopi...kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Bidin bertanya kepada Wafdi... Bidin: "Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?" Wafdi: "Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia.."
Cerita 3 Suami isteri bertengkar. Tiba-tiba isteri terus kemas beg. Suami: "Kenapa?" Isteri: "Dah kahwin 10 tahun, rumah ni tak pernah aman. Saya dah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ni!" Suami kemudian masuk bilik dan keluarkan satu lagi beg. Suami: "Betul jugak cakap awak. Saya pun fed-up dengan rumah ini. Saya ikut sama, boleh?!"
Cerita 4 Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya.Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa.Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa. Pemburu: "Ah leganya........singa baik rupanya. Selamatlah aku." Singa: "Ya.......singa yang baik selalu baca doa sebelum makan."
|
|
hellraizer
Ahli Forum MyPS
MyPS SUPERFRIEND CLUB
Posts: 392
|
Post by hellraizer on Feb 23, 2009 10:28:50 GMT 8
2 Sahabat baik ini berkawan sejak dr kecil lagi....kepala dia org mmg gila2...suka wat org sakit hati sampai la ke besar...tetapi mereka dikurniakan akal fikiran yg bagus oleh yg Maha Esa...
nak dijadikan cerita mereka mendapat tawaran utk melanjutkan pelajaran ke united kingdom...setelah segala persiapan di buat,mereka berlepas ke UK... ibu bapa masing2 telah menasihatkan mereka supaya jaga perilaku ketika di negara org...ubah perangai...jgn kacau org...mereka angguk je...pesan si ibu bapa lagi...pulanglah dgn kejayaan bukan tangisan...
kapal terbang pun berlepas ke udara...
di dalam kapal terbang,mula2 mereka berdua dok diam je...tapi bila dah sejam,mereka mula gatal2...sebab tak dpt nak kacau org...so,mereka mulakan kerja haram mereka...mereka bermain bola di dlm kapal terbang...ditegur oleh pramugari...tetapi pramugari tu pulak di kacaunya...sesiapa jua yg menegur,abes kena kacau...org semua dah bengang...perjalanan masih jauh...tp semua penumpang tak dpt tidur sebab diganggu oleh mahkluk 2 ekor ni...
salah seorang penumpang dah tak tahan...dier pergi jumpa dgn kapten kapal terbang...dier menceritakan semua masalah yg berlaku...kapten tu pun pi panggil 2 org budak jahat tadi...setelah 5 minit,kapten td berjaya mengawal kembali ketenangan di dlm kapal terbang nya...
tetapi lelaki yg membuat aduan tadi bingung gak...sebab apa tetiba jadi aman tenteram ni...lalu,dier pergi jumpa kapten td utk menanyakan kembali ...
si pengadu : "Kapten.kenapa tiba2 suasana jadi aman tenteram?apa kapten buat pada mereka berdua?kapte kurung mereka kah?kapten pukul mereka kah?"
kapten menjawab rilek je...
kapten : "takderlah...tadi sy tegur dier org...sy ckp kalau nak bermain bola,pegi main diluar...luas terbentang n tak kacau org"
tergamam org tadi...budak 2 ekor tu betul2 pi main di luar rupanya...patut la senyap...
Confirm mati budak 2 ekor tu tanpa bw ijazah...hehehehe
|
|
hellraizer
Ahli Forum MyPS
MyPS SUPERFRIEND CLUB
Posts: 392
|
Post by hellraizer on Feb 23, 2009 10:29:38 GMT 8
Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan.Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo 7 berhenti di sebelah kancil tadi.
"ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje.... "ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea. "worrait gak tu...",tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam" "ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati.Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik.. Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia. Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan. Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie... "over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye.........sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!
|
|
hellraizer
Ahli Forum MyPS
MyPS SUPERFRIEND CLUB
Posts: 392
|
Post by hellraizer on Feb 23, 2009 10:30:21 GMT 8
Kat satu bandar X ni ada 3 org menantu,masing-masing kalau berjumpa mesti mengutuk makmertua masing-masing...menantu A berkata kepada kawan2 nyer "makmertua aku ni kan suka sangat meleter mana yg aku buat semua tak kena"kawan kawan nyer pun sama situasi nya macam menantu A tadi..so itu lah rutin dier org hari2 biler berjumpa...
Pada suatu hari datang la keinsafan pada diri menantu A,B dan C so mereka bercadang meminta maaf pada mak mertua masing-masing jadi oleh sebab itu mereka semua bercadang mengadakan familyday di genting highland dengan membawa mertua masing masing...mereka menyewa 2 bas satu bas untuk mertua masing masing dan satu bas lagik untuk keluarga menantu A,B dan C..
Bila sampai satu selekoh..bas makmertua mereka terlibat dalam satu kemalangan yg mengerikan dan terbakar jadi semua mertua terkorban dalam kemalangan tu..menangis la semua menantu...dalam ramai2 yg meraung tu menantu B ni meraung paling teruk sampai bengkak-bengkak mata nya...rakan2 nya yg lain menenangkan menantu B tu..jadi biler dah reda si rakan bertanya la kepada menantu B "mesti mertua kamu ni terlalu istimewakan..sabarla sekurang2 nya kita dah mintak maaf dan insaf dengan apa yg kita lakukan sebelum ni pada mertua kita..mereka pergi dengan tenang".Si menantu B tadi melihat kawan nya lalu berkata "aku menagis bukan sebab kemalangan tu tapi sebab mertua aku tak jadik pergi pagi tadi sebab sakit perut jadi dier ada kat rumah sekarang.
|
|
hellraizer
Ahli Forum MyPS
MyPS SUPERFRIEND CLUB
Posts: 392
|
Post by hellraizer on Feb 23, 2009 10:32:04 GMT 8
Alhikayat, dalam sebuah hutan ada seekor badak sumbu dan seekor monyet. Mereka ni memang tak pernah baik, selalu jer bertengkar..
Pada suatu hari, sedang mereka bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib. Dipendekkan cerita, setelah digosok,keluarlah seorang jin. Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi kedua2 menatang itu.
Permintaan 1 Badak : Saya mau semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya...hehe.
Permintaan 1 Monyet : Saya mau sebuah motor Harley Davidson
Jin tu kelip mata, bling... semua badak lain kat situ jadi betina, pastu ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitam...
Permintaan 2 badak : Saya mau semua badak sumbu kat negeri pahang ni betina kecuali saya.. hehe
Permintaan 2 monyet : Saya mau jaket kulit hitam dengan helmet Shoei
Jin tu kelip mata lagi, bling... semua badak di pahang dah jadi betina, dan monyet tu pun dapat barang2 mat motornya tu..
Lepas tu jin tu kata 'Ini permintaan terakhir kamu, pikirlah dengan baik2'
Badak tu pikir sejenak lepas tu kata ' Saya mau semua badak sumbu kat Malaysia ni betina yang cun melencun ghilerrr... kecuali saya'.
Jin tu pun kelipkan mata and then bling... maka tinggallah badak tu satu2nya badak jantan satu Malaya nihh..
'Hah monyet, awak nak apa pulak.. kasut boot kulit ke?' tanya jin.
Monyet tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya, start enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebarr tu, 'Saya mau badak tu jadi GAY'
Jin tu pun kelipkan mata, bling....
Maka meraunglah badak sumbu tu. sepuas2nya.. 'Mana aku nak cari badak jantan ni nyah... ish.. tak kuaassa nyah''
|
|
hellraizer
Ahli Forum MyPS
MyPS SUPERFRIEND CLUB
Posts: 392
|
Post by hellraizer on Feb 23, 2009 10:38:01 GMT 8
Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke Kuala Lumpur menaiki keretapi Mel-malam. Antara penumpang yang ramai ada seorang tua yang duduk disebelahya. Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya kepada orang tua tersebut, " Pakcik, pukul berapa sekarang?"
Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapa pun. Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja. Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, fikir pemuda itu. Dia mengulangi pertanyaan sampai 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.
Pemuda tersebut mencuit orang tua itu lantas berkata, "Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawab pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya?"
Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya tidak mahu menjawab, tapi nanti kalau saya jawab, kita pasti akan bersoal jawab mengenai soal ini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra." Si pemuda termangu mendengar ceramah orang tua itu. Terus dia bertanya lagi, "Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?"
Orang tua itu berkata lagi, "Apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis dan isteri saya menjemput saya di Kuala Lumpur, nanti kita akan turun bersama-sama. Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu."
Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah. "Kemudian?" tanyanya lagi."Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia mempelawa kamu ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah saya, dan juga akan makan di rumah saya. Setelah itu kamu akan jadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman lelaki anak gadis saya. Lama-lama kamu akan menjadi menantu saya pula," katanya lagi.
Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung. Terus dia bertanya, "Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama? Sambil berdiri orang tua tersebut menjawab dengan lantang,
"Masalahnya? Kau nak tahu? AKU TAK NAK MENANTU MACAM KAU NI... JAM TANGAN PUN TAKDER..!"
|
|
hellraizer
Ahli Forum MyPS
MyPS SUPERFRIEND CLUB
Posts: 392
|
Post by hellraizer on Feb 23, 2009 10:38:33 GMT 8
Kalu Pasal Sembahyang, Boleh Pulang Awal.....!
Seorang boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari nie..Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari nie dia kasi tapi alasannya mestilah munasabah. Haaaa!!alasannya mestilah pasal sembahyang ajer!Alasan lain tak boleh. Tau-tau macam tu tiba tiba je ader 4 orang pekerja bawahan datang mintak balik awal..
Pekerja 1 : A'kum Boss, bulih saya pulang? Saya balik nak sembahyang katrumah boss, leh tak? Boss : Tak boleh!!!Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi, lagibanyak pahalanya..!
Pekerja 2 : Saya bulih balik awai kut Boss? Bosss : Hang apa pasai? Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor ker tak? Ntah-ntah dia ponteng? Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!
Pekerja 3: A'kum Boss! Boss: Ha? pasal pulak ni?Nak balik awal gak ker? Pekerja 3 : Errrrr!!Yer boss, boss baik!!he..heee! Boss: Alasan apa lak ngko nie? Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati.. Ada orang kampung saya meninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah...!Boleh kut boss yer pulang awal? Boss : Tak bolehhh!!!Itu fardzu kifayah jer!Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!!Dah!Pergi buat kerja..
Pekerja 4: A'kum Boss! Saya nak balik awal boleh tak ari nie? Boss : Naper? Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kata dia dah boleh sembahyang! Boss: Yer ker? Ha! Kalu gitu awak baliklah...Kesian awak dah seminggu menunggu!!! Pekerja 4 : Tima Acih Boss!!!Heee. .hee
|
|
hellraizer
Ahli Forum MyPS
MyPS SUPERFRIEND CLUB
Posts: 392
|
Post by hellraizer on Feb 23, 2009 10:39:10 GMT 8
Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya. Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki. Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari? Peramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari. Ulamak: (dengan sifat bersahaja....) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.....
|
|