hellraizer
Ahli Forum MyPS
MyPS SUPERFRIEND CLUB
Posts: 392
|
Post by hellraizer on Feb 20, 2009 16:04:30 GMT 8
salam...kwn buka thread nih utk koleksi citer2 lawak...bg mber2 yg boring leh baca n ketawa sorang2..hehe...harap pihak moderator memberi keizinan ye..tq..layanzzzzzzzz........ ;D ;D
|
|
hellraizer
Ahli Forum MyPS
MyPS SUPERFRIEND CLUB
Posts: 392
|
Post by hellraizer on Feb 20, 2009 16:05:17 GMT 8
Alahai menantuku.............
pak kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. suatu hari datang la seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat. setelah 3 hari berkahwin.. seman masih duk kat umah mentuanya. setelah azan maghrib berkumandang..pak kasim mengajak seman utk solat maghrib berjamaah. seman gelabah.. sebelum ini dia tak pernah solat. lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. "yang.. camner ni.. abg tak penah solat ni" "takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat" isterinya berbisik perlahan.. seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim. setelah pak kasim takbir.. seman ikut takbir...lalu pak kasim membaca surah alfatihah.. "bismillahirrahmanirrahim..." seman pun turut membaca bismillah dengan lantang... "bismillahirrahmanirrahim..." aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? setahu aku imam je yg baca kuat.. getus hati pak kasim.. pak kasim buat selamba. dia terus membaca surah al-fatihah. seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji. pak kasim pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat seman. seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah pak kasim. "ish! gila ke menantu aku ni??" pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman. seman turut berjalan ke depan mengikut langkah pak kasim. pak kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya. seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. tiba-tiba pak kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir. pak kasim pun terus bertanya kepada seman. "seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?" "ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau. sampai kena berlari......
|
|
hellraizer
Ahli Forum MyPS
MyPS SUPERFRIEND CLUB
Posts: 392
|
Post by hellraizer on Feb 20, 2009 16:06:24 GMT 8
KUCING SIAPA HEBAT
"Dua orang perempuan sedang memuji kucing masing-masing.. Keduanya saling menceritakan kepintaran haiwan peliharaan mereka itu.
Perempuan 1 : "Kucing aku hebat ko tau.. Tiap pagi ia bersenam aerobik didepan TV"
Perempuan 2 : "Ya, aku tahu tu"
Perempuan 1 : "Darimana engkau tahu?"
Perempuan 2 : "Kucing aku yang cerita" "
|
|
hellraizer
Ahli Forum MyPS
MyPS SUPERFRIEND CLUB
Posts: 392
|
Post by hellraizer on Feb 20, 2009 16:07:05 GMT 8
ATUK DAN CUCU
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah. "Atok buat apa tu?" "Atok bagi surat kat kawan atok, cu!" jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi,"Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"
|
|
hellraizer
Ahli Forum MyPS
MyPS SUPERFRIEND CLUB
Posts: 392
|
Post by hellraizer on Feb 20, 2009 16:07:36 GMT 8
PAK PANDIR
Suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macam mana di tengah perjalanannye tadi dia terjumpa seketul taik yang masih panas. Tapi dia tu masih konpius sama ada bende yang dia jumpe tu adalah seketul taik atau tidak. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan. Dia meneliti taik tersebut lalu dia berkata "Bentuk macam taik." Lepas tu dia pegang pulak taik tu lalu dia berkata, "Lembik macam taik." Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu. Lepas tu dia berkata, "Bau macam taik." Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit..."MEMANG TAIK..NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!"
|
|
hellraizer
Ahli Forum MyPS
MyPS SUPERFRIEND CLUB
Posts: 392
|
Post by hellraizer on Feb 20, 2009 16:08:33 GMT 8
SUAMI TAK PAHAM MAKSUD
Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu? Suami : Kenapa? Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu? Suami : Nak mampus.... Mana abang kenal isteri dia?
|
|
hellraizer
Ahli Forum MyPS
MyPS SUPERFRIEND CLUB
Posts: 392
|
Post by hellraizer on Feb 20, 2009 16:10:01 GMT 8
Kisah 3 Pontianak
Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu diapun terbang secepat kilat, tak sampai 2 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan. Terus dia berkata "Nkorang nampak kampung kat seberang bukit itu ?" Yangdua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak." "Satukampung tu itu...habiissss aku kerjakan!!!!" Anginjugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelibat jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah. "Nkorangnampak Bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek "Iya,nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss!!!", kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha hah". Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak. Dia pun tunjuk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah dimukanya... Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "Gilaa ahh dia ni tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling power". Sambil mengosok gosok idong nya pontianak tu pun berkata, Ngkorang nampak tembok batu tu ?" "Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu... "Err aku tadi tak nampak". laa...ghupe nyer yang last tadi telango tembok..sian bedarah mukenyer..
|
|
hellraizer
Ahli Forum MyPS
MyPS SUPERFRIEND CLUB
Posts: 392
|
Post by hellraizer on Feb 20, 2009 16:10:40 GMT 8
Tegur Menegur
Samat baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya. malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Samat ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini. Sejak Samat duduk di rumahnya... cepat sangat barang-barang dapur habis. Samat betul-betul 'menghabiskan borehhh...' Kebaikan Samat pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu... Waktu maghrib seronok depan tv tengok roda impian... lepas tu sambung tengok berita... lepas tu makan... lepas tu tidur.. esok bangun pukul 8... pergi kedai kopi. .. bersembang, sampai tengahari. Balik makan, kemudian tidur... petang pergi kedai kopi lagi... main dam, berborak mengalahkan orang politik. Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan. Tetapi dia terus mencari idea... macam mana nak kenakan si Samat ni.. Bengang betul dia... dah lah tak kerja... melantak kuat pulak tu... Suatu hari dia dapat idea... nak kenakan Samat.. "Samat, mari kita main dam haji..." katanya kepada Samat... "Boleh juga. .." kata Samat tanpa mengesyaki sesuatu. Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah d**nya dimakan oleh Samat... Dia hulur, Samat makan, hulur lagi... Samat makan lagi... hulur lagi makan lagi, dan lagi... dan lagi..."Eh ko ni Samat. .. kuat betul makan laa... agak-agak laa..." katanya tersenyum.. "Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni.. . mentang-mentang aku kuat makan.." fikirnya dalam hati... tapi tak apa... Mereka bermain set kedua... bapa mertuanya hulur... dia tak makan... hulur lagi, tak makan juga... kena tangkap... tak macam set pertama... dia dah bijak sikit... Bila tak makan, mestilah kena tangkap...(sesiapa tak tahu main dam haji tentu tak faham cerita ini...) kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji... ada lagi.... "Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke...?" Merah padam muka bapa mertuanya... dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena.... Selepas dari itu, Samat tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim... tak tinggal sembahyang lagi... sekarang ni ada kat Mekah kerjakan umrah... Nak pergi haji belum sampai seru... katanya laa... Moral cerita : Jangan malu nak menegur kesilapan orang lain, jika untuk kebaikan.
|
|
hellraizer
Ahli Forum MyPS
MyPS SUPERFRIEND CLUB
Posts: 392
|
Post by hellraizer on Feb 20, 2009 16:11:24 GMT 8
Bom Tangan
"Apabila beberapa orang pekerja sebuah restoran nasi kandar menghadiri satu Seminar Kebakaran & Keselamatan di Penang, mereka melihat pegawai bomba membuat demonstrasi memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api (fire extinguiser) dengan begitu berminat sekali.
"Cabut pin ini seperti mencabut pin bom tangan," pegawai itu menerangkan. "Kemudian tekan di sini untuk mengeluarkan 'foam'nya." terang pegawai itu lebih lanjut.
Tidak lama kemudian, seorang pekerja restoran nasi kandar berkenaan telah dipilih untuk mengawal kebakaran di tempat letak kereta.
Disebabkan kegugupannya, dia terlupa untuk mencabut pin alat pemadam api tersebut. Pegawai itu kemudiannya memberikan klunya, "Ingat !, seperti bom tangan."
Seperti timbul satu keyakinan baru kepada pekerja restoran nasi kandar itu, ia pun dengan segera mencabut pin dan melontarkan alat pemadam api itu ke dalam kawasan kebakaran tersebut.
Demikianlah adanya....... "
|
|
hellraizer
Ahli Forum MyPS
MyPS SUPERFRIEND CLUB
Posts: 392
|
Post by hellraizer on Feb 20, 2009 16:11:56 GMT 8
Usahawan Kedekut
"Seorang pekerja sebuah stesyen tv telah menemui seorang usahawan paling berjaya untuk memohon sumbangan...
"Encik adalah seorang usahawan yang paling berjaya..bolehlah kiranya memberi sedikit sumbangan kepada pihak kami.."
Usahawan itu menjawab
"Pertama.. tahukah anda yang ibu saya telah lama menderita kerana penyakit misteri? Dan dia perlu membeli pelbagai ubat-ubatan yang tak mampu dibayarnya sendiri?"
Dengan tersipu malu, pekerja itu menjawab.. "Maaf.. saya tidak tahu"
"Kedua.. tahukah anda yang abang saya.. seorang bekas tentera yang cacat dan buta dan hanya duduk di kerusi roda.. sehingga tidak dapat memberi nafkah pada isteri dan enam anaknya?"
Pekerja itu sekali lagi menjawab.. "Maaf saya tidak tahu"
"Ketiga, adakah anda mengetahui yang adik ipar saya meninggal kerana kemalangan tanpa meninggalkan sedikitpun wang pada adik perempuan saya? Ditambah lagi dengan 3 orang anak yang perlu di besarkan?"
Pekerja itu tetap menjawab.. "Tidak.. Saya tidak tahu sama sekali tentang hal itu..."
Usahawan itu menyimpulkan..
"Jadi.. jika saya tidak memberikan wang pada mereka.. mengapa kamu berpikir yang saya akan memberikan wang pada kamu?"
|
|
hellraizer
Ahli Forum MyPS
MyPS SUPERFRIEND CLUB
Posts: 392
|
Post by hellraizer on Feb 20, 2009 16:12:42 GMT 8
Takut dituduh…
"Suatu hari, seorang lelaki baru saja pulang kerumahnya setelah bekerja seharian.. dia melihat kucingnya sedang menggigit arnab peliharaan jirannya.. nampaknya arnab itu telah mati dan lelaki itu menjadi panik... Lelaki itu bimbang yang jiran nya akan membencinya akibat dari kejadian itu. Akhirnya dia mendapat idea.. dia mengambil arnab itu.. membawanya ke bilik mandi.. memandikannya, mengeringkan bulunya dan meletakkan semula ke kandang di halaman jirannya.. Dia berharap agar jirannya itu berkata yang arnab itu mati secara tiba-tiba bukan disebabkan kucingnya..
Dua hari kemudian.. jirannya keluar dari rumah dan bertanya pada lelaki itu..
"Engkau tahu tak yang arnab aku sudah mati?"
Lelaki itu dengan gemetar menjawab..
"Err.. tidak.. errm.. apa yang terjadi?"
Jiran itu menjawab..
"Arnab itu sudah mati di kandangnya... yang mengerikan adalah sehari sesudah aku menanamnya di belakang rumah.. ada seseorang menggalinya.. memandikannya dan meletakkannya semula di kandang ini... Aku pasti orang itu adalah orang gila dan mungkin berada dikawasan ini" "
|
|
hellraizer
Ahli Forum MyPS
MyPS SUPERFRIEND CLUB
Posts: 392
|
Post by hellraizer on Feb 20, 2009 16:13:40 GMT 8
Telefon Bimbit
"Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusive lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . "
"Hello?"
"Abang, nie sayang nie,"
"Emmm... "
"Abang masih ada di kelab lagi ke?"
"Iya."
"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?"
"Berapa harganya?"
"Cuma $1500.00 aje"
"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"
"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2001 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "
"Berapa harga yang dia bagi?"
"Cuma $280,000 ..."
"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."
"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."
"Apa?"
"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan.... pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "
" Berapa harga yang mereka minta?"
" Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu. . ."
"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"
"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"
"Bye... I Love you too..."
Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :
"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA?
|
|
hellraizer
Ahli Forum MyPS
MyPS SUPERFRIEND CLUB
Posts: 392
|
Post by hellraizer on Feb 20, 2009 16:15:30 GMT 8
Nenekku Sayang
"Nenek ani dirawat di rumah sakit. menurut doktornya, asmanya sudah teruk hingga perlu dipasangkan selang oksigen. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dan seperti orang koma. Dikira sudah menjelang ajal, anaknya memangilkan seorang Mudhin (tukang do'a) agar di doakan. Selagi Pak Mudhin asyik berdoa, tiba-tiba nenek ani menggap-menggap tidak bisa bernapas. Mukanya pucat, tangannya bergetar. Dengan bahasa isyarat nenek ani minta diambilkan kertas dan alat tulis. Dengan sisa-sisa tenaganya nenek ani menulis surat dan diberikan ke Mudhin.
Sambil terus berdoa Pak Mudhin langsung menyimpan surat tersebut tanpa membacanya karena fikirnya tidak sanggup membaca surat wasiat tersebut didepan nenek ani. Tak lama kemudian nenek ani meninggal dunia. Pada hari ketujuh meninggalnya nenek ani, pak mudhin diundang untuk datang.
Selesai memimpin do'a, Pak Mudhin berbicara, "Saudara-saudara sekalian, ini ada surat wasiat dari almarhum nenek ani yang belum sempat saya sampaikan, yang saya pasti nasihat untuk anak cucunya semua. Mari kita sama-sama membaca suratnya".
Pak Mudhin membaca surat tersebut, yang ternyata berbunyi :
"Mudhin jangan berdiri di situ...! Jangan pijak saluran oksigen aku..!""
|
|
hellraizer
Ahli Forum MyPS
MyPS SUPERFRIEND CLUB
Posts: 392
|
Post by hellraizer on Feb 20, 2009 16:16:20 GMT 8
Kejap Jer…
Seorang ayah mempunyai anak gadis yang kerjanya menggunakan telefon. Setiap kali menerima telefon pasti anaknya itu akan berbual sampai 5 jam tanpa henti.. Entah apa yang dibualkan pun tak tahulah...
Suatu hari.. anak gadisnya menerima panggilan telefon dan bergegas mengangkatnya.. Ayahnya mengeluh kerana sudah pasti 5 jam lagi baru selesai...
Tapi.. Alangkah terkejutnya.. apabila anaknya itu cuma berbual selama 2 JAM bukan 5 Jam seperti biasa...
"Tunggu sekejap.... Siapa yang talefon tu?" tanya ayahnya kehairanan..
"Tak tahu la ayah... salah Nombor! " jawab anaknya sambil tersengih..
|
|
hellraizer
Ahli Forum MyPS
MyPS SUPERFRIEND CLUB
Posts: 392
|
Post by hellraizer on Feb 20, 2009 16:16:52 GMT 8
Berapa Jumlahnya???
Tiga orang perompak berjaya merompak sebuah bank di ibu kota..
Apabila sampai di tempat persembunyian... mereka bercadang hendak membahagi-bahagikan wang yang telah dicuri tadi..
"Mari kita bahagikan wang ini secepat mungkin dan terus lari keluar negara..!" kata bos
Tiba2 mereka jadi pening kerana terlalu banyak wang yang ada diatas meja itu dan tidak larat hendak mengira kesemua sekali...
Tiba-tiba salah seorang dari mereka berkata..
"Apa susah2.. malam ni kita tidur aje.. esok pagi kita tengok dalam akhbar.. berapa jumlah wang ini"
|
|