hellraizer
Ahli Forum MyPS
MyPS SUPERFRIEND CLUB
Posts: 392
|
Post by hellraizer on Feb 20, 2009 16:18:23 GMT 8
Pulang Dari Singapura
Adalah kisah dimana seorang Malaysian pulang dari melawat Singapore menaiki keretapi. Dia duduk dekat dengan tiga orang yang lain bangsanya. Mat Saleh America, Mat Cuba, Mat Bangladesh.
Mereka berborak la masing-masing tentang negara mereka. Tiba-tiba Mat America nie keluarkan duit dollar dan bakar dengan lighter duit tue. Pastu buang kat luar. Jadi tanyalah depa. What do you do that for? Mat America nieh kata, "We have a lot of American Dollars in US, don't worry."
Kemudian Mat Cuba nie keluarkan Cuban Curut. Dibakarnya curut tue.. lepas satu dua sedut dia campak keluar. Depat tanya Mat Cuba, "What do you that for?". Dia jawab, "We have a lot of Cuban Cigar in my country."
Si mamat Malaysia nieh perhati jer Mat Bangla nie.. dok tengah cari diea ape plak nak buat. Mat Malaysia nieh tanpa melengahkan masa.. amik Mat Bangladesh nieh campak keluar tingkap. Belum sempat depa tanya, Mat Malaysia kata, " Don't worry, we have a lot of them in Malaysia."
|
|
hellraizer
Ahli Forum MyPS
MyPS SUPERFRIEND CLUB
Posts: 392
|
Post by hellraizer on Feb 20, 2009 16:19:16 GMT 8
Malu!
Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan... pemain-pemain bolasepak Kg. Pandan dirundung rasa malu yang amat sangat. Kerana itu Hashim dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang. Hashim yang menyamar sebagai koboi.. berjalan-jalan kekedai di kampungnya... Tiba-tiba seorang nenek menegurnya.. "Hey Hashim..." Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang... dia segera mengubah penyamarannya.. kali ini sebagai Syeikh Arab.... Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang... Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek.... Dalam hatinya berkata.. Dia takkan mengenali aku lagi.." Tiba-tiba nenek berkata " Hey Hashim" Kerana kehairanan yang amat sangat... "Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?" Nenek itu menjawab.. "La engkau ni... ini aku la... Roslan!"
|
|
hellraizer
Ahli Forum MyPS
MyPS SUPERFRIEND CLUB
Posts: 392
|
Post by hellraizer on Feb 20, 2009 16:21:20 GMT 8
Accident
Satu ketika berlaku perlanggaran antara seorang pembonceng motorsikal dengan seorang pejalan kaki di satu tempat yang dirahsiakan namanya.......
... pejalan kaki tersebut terus terbaring ditempat kejadian sementara pembonceng motorsikal memberhentikan motosikal dan melihat keadaan pejalan kaki yang sedang terbaring.......
tidak sampai 5 minit kawasan kemalangan telah dikelilingi oleh manusia yang lalu lintas disitu.......
kerana risaukan pejalan kaki yang sedang terbaring tidak "sedarkan diri", pembonceng motosikal terus membuat panggilan kecemasan dengan h/p sendiri untuk mendapatkan bantuan daripada hospital berdekatan......
.... selepas 20 minit sebuah ambulan dengan siren yang berbunyi tiba di tempat kejadian...........
dengan secara tiba-tiba ... pejalan kaki yang sedang terbaring yang tidak "sedarkan diri" terus bangun dan berlari sekuat hatinya sambil berteriak...lari! lari! Pak Polisi datang..... lari! lari! aku enggak mahu ditangkap Pak Polisi......
Penbonceng motorsikal ketika itu tercengang dan ketawa terbahak-bahak seorang diri melihat telatah pejalan kaki yang telah menghilangkan diri.......
|
|
hellraizer
Ahli Forum MyPS
MyPS SUPERFRIEND CLUB
Posts: 392
|
Post by hellraizer on Feb 20, 2009 16:25:45 GMT 8
Cerita haru biru..hehe
Dalam kelas, cikgu tadika tanya soalan, "Ada 3 ekor burung di atas pokok. Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi tinggal di atas pokok?"
Adik Mat angkat tangan dan jawab, "Kosong cikgu". "Kenapa kosong Mat?" tanya cikgu.
"Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu."
"Salah! Jawapannya tentulah 2 Mat, 3 tolak 1 sama dengan 2. Tapi cikgu suka cara kamu berfikir".
Sehabis kelas, Cikgu belanja Adik Mat makan aiskrim. Adik Mat tetiba bertanya, "Cikgu, ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Satu tu style telan semua sekaligus, satu lagi gigit sikit2, dan satu lagi jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis. Cuma satu je antara tiga tu yang dah kawin, yang mana satu cikgu?"
Tergamam cikgu dengan soalan Adik Mat. Cuba berlagak neutral cikgu menjawab, "Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu kot". "Salah cikgu, yang pakai cincin kahwin laa yang dah kahwin. Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir"
hehehe...
|
|
hellraizer
Ahli Forum MyPS
MyPS SUPERFRIEND CLUB
Posts: 392
|
Post by hellraizer on Feb 20, 2009 16:27:07 GMT 8
Bapa hebat??
Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Sume org takut kn die. Ali : Eleh! bapa aku lg terer. Kalau die suruh org tunduk, msti org tu tunduk. Man : Wow! bapa ko keje ape? Ali : Tukang gunting rambut
|
|
hellraizer
Ahli Forum MyPS
MyPS SUPERFRIEND CLUB
Posts: 392
|
Post by hellraizer on Feb 20, 2009 16:28:27 GMT 8
NENEK TUA
Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan- rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut.. nenek itu berkata "Nanti dulu". Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata "Nanti dulu". Akhirnya mereka bertanya : "Bila kami boleh melihat bayi engkau..?" "Bila dia menangis". "Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?" "Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi.."
|
|
minx
Ahli Forum MyPS
Ahli Forumer MyPS
Posts: 47
|
Post by minx on Feb 20, 2009 16:41:39 GMT 8
thanx untuk lawak² ni.. release skit tension aku ngadap keje kat opis ni.. huhuhu
|
|
|
Post by PersonaJB on Feb 22, 2009 22:44:51 GMT 8
hehhe best ten ka yu juga... ;D...hihihi pala serabut leh yippi bila baca lawak yg ada nie..
|
|
betty117
Ahli Forum MyPS
Ahli Sangat Peramah
Zooming Into Your Live
Posts: 1,092
|
Post by betty117 on Feb 22, 2009 23:15:34 GMT 8
hahah...jgn jadi mcm pak pandir udah...wawawa...taikk..!!!hahahaah
|
|
Gen_x
MyPS Moderators
Mat Karung Guni
Terbang Tinggi Bersama Doreamon
Posts: 735
|
Post by Gen_x on Feb 23, 2009 8:03:53 GMT 8
lawak nya...tp aku lom baca abes.. join ketawa je duluk..
|
|
betty117
Ahli Forum MyPS
Ahli Sangat Peramah
Zooming Into Your Live
Posts: 1,092
|
Post by betty117 on Feb 23, 2009 9:14:36 GMT 8
ahhaah...baru dapat setel kan citer2 ni....heheheh...dh macam org weng dah betty dpn com...hehehe
|
|
hellraizer
Ahli Forum MyPS
MyPS SUPERFRIEND CLUB
Posts: 392
|
Post by hellraizer on Feb 23, 2009 10:09:56 GMT 8
Ada dua orang sahabat, mereka ni sangat akrab. Sorang bernama Hanif dan yang sorang tu bernama Tony. Mereka ni penghuni setia rumah tumpangan orang-orang gila.
Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat di rumah tumpangan itu. Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang. Si Hanif berehat-rehat di bawah khemah manakala Si Tony tak habis-habis lari keliling kolam renang tu.
Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Tony ni terus melompat kedalam kolam.... apalagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang setia, Si Hanif ni dengan pantas cuba menyelamatkan Si Tony. Fuh, nasib baik tak lemas. Memandangkan yang Si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukkan, Si Hanif dengan pantas membalut kawannye tu dengan sehelai tuala lalu cepat-cepat membawanye ke dalam bilik mereka.
Keesokkan harinye Si Hanif telah dikerahkan menemui orang atasan. Kira pegawai ler tu. Apabila melihat wajah Si Hanif beliau mula berkata, " Saya ada dua berita yang perlu saya beritahu awak. Yang pertama ialah berita baik, awak akan dibebaskan kerana awak telah dapat membezakan antara kecemasan atau tidak. Tindakan awak menyelamatkan Si Tony bermakna awak kini mempunyai pemikiran yang waras. Namun saya juga ada berita buruk untuk awak, teman baik awak telah membunuh diri. Pagi tadi saya diberitahu yang dia dijumpai didalam biliknya dengan lehernya tergantung. Dengan muka selamba di Hanif pun menjawab, "Tidak tuan dia bukan membunuh diri tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering"
|
|
hellraizer
Ahli Forum MyPS
MyPS SUPERFRIEND CLUB
Posts: 392
|
Post by hellraizer on Feb 23, 2009 10:10:51 GMT 8
"Sungguh memalukan!!" "Maafkan saya bapak, sa..saya..saya menyesal!", Liana terisak-isak di hadapan bapaknya. "Menyesal? Dah terlambat! Kau tahu tak? Nama keluarga kita dah tercemar! ... belum pernah keturunan kita kena macam nie? Kau tahu tak!" herdik bapak Liana. "Sudahlah bang", mak Liana menyampok, "Kita bincangkan sekeluarga." "Nak bincang aper lagi? ...anak awak nie dah mengaku...... issshhh......." balas bapanya sambil memalingkan mukanya ke arah pokok di luar. Liana betul betul menyesal dgn pengakuannya itu... kalau dia tahu bapaknya jadi camnie dia diam je... toksah mengaku lagi baik. Seluruh hidupnya seakan-akan runtuh di depan matanya, masa depan dia gelap? ... dia telah mencemarkan nama baik keluarga dan keturunannya. Dia tahu masyarakatnya tidak akan dapat menerima dia lagi. Dia tahu keluarganya dah kecewa. What a letdown? (Sigh). Di satu pagi yg hening dia keluar berjalan ke arah satu bangunan pencakar langit yg tinggi. Perlahan-lahan dia menaiki tangga sampai ke atas bumbung bangunan itu. Dia memandang ke bawah... dia lihat kereta dan org ramai bersepah kat bawah macam semut-semut yg baru kena spray dgn Baygon. Liana dah nekad apa terjadi.... jadilah..... Dia dah memalukan keluarganya, dia mencemarkan keturunannya, bapanya tidak mahu menerima atas kelemahannya itu. Liana tebayangkan wajah maknya, air matanya menitis. Emaknya lah tempat dia bermanja, emaknya la yg akan meyelimutkan dikala sejuk, menyuapkan dikala lapar, wajah adik-beradik kembarnya juga terbayang dimata. Sambil mengesat airmatanya, dia menarik nafas panjang... berjalan kehadapan hingga ke hujung bangunan itu. Setapak demi setapak dia melangkah ke hadapan hingga dirinya terjatuh melayang ke bawah... dia dapat rasakan angin yg begitu deras memukul mukanya... jantungnya berdegup pantas bila dia melihat bumi semakin dekat..... dgn satu tarikan nafas yg dalam, Liana mengembangkan sayapnya, SWOOOOOSSSSHHHHHHHHH!!!........ dia terbang???. "Yessss! Yessss! Yessssssssssssssss! I've made it!!!!!", dia memekik keriangan. Finally dia dapat melawan fobianya... dia dah no longer afraid of height... sebagai seekor burung, itulah yg sepatutnya menjadi fitrah semulajadi... selama ini dia takut..... ye dia takut pada tempat tinggi dan kerana ketakutan inilah membuatnya tidak mahu terbang... dah bertahun dia rahsiakan hal ini dari keluarganya.... Sebab tu bapak dia kecewa bila dia membuat pengakuan itu kerana memang tak pernah seumur hidup seekor burung takut pada ketinggian. Tapi sekarang dia dah tak takut, dia dah berani.... dia dah boleh terbang... SEKIAN
|
|
hellraizer
Ahli Forum MyPS
MyPS SUPERFRIEND CLUB
Posts: 392
|
Post by hellraizer on Feb 23, 2009 10:11:24 GMT 8
Baju... Suatu hari seorang ibu yang tua pergi kerumah anaknya yang baru berkahwin. Dia terkejut apabila melihat anak perempuan tanpa seurat benang pun menanti suaminya pulang dari kerja. Si ibu bertanya kepada anaknya dengan penuh hairan. Ibu : mek, tok cukup ko duit tok laki mung nok beli selai baju sapa ko telanje ginie.. Anak : dok ehh mok, abe suko gini. sbb dia kato koho saye ko ore kalu ore dok gini.. Lalu ibunya pulang kerumahnya dan menanti suaminya pulang dengan tanpa seurat benang di bajunya Ayah : bakpo gak mok dio dok gosok dulu baju tu....Lain kali time nok paka baju tu gosok dulu baru laa dok kedut.... ibu : ?? maka merajuklah si ibu dengan teguran suaminya... dan mereka tidak bertegur sapa selama 6hari akibat peristiwa itu...
|
|
hellraizer
Ahli Forum MyPS
MyPS SUPERFRIEND CLUB
Posts: 392
|
Post by hellraizer on Feb 23, 2009 10:13:55 GMT 8
Seorang lelaki yang kudung kakinya, tangannya bercangkuk dan bermata satu hadir dalam temuduga untuk menjadi lanun.
Penemuduga: Bagaimana kaki kamu boleh kudung? Lelaki: Cedera ketika perang dunia kedua. Penemuduga: Kenapa tangan kamu bercangkuk? Lelaki: Terpotong dengan pisau besar! Penemuduga: Mata kamu pula? Lelaki: Suatu hari ketika hujan saya mendongak kelangit, lalu ada seekor burung menjatuhkan tahinya ke mata saya. Penemuduga: Adakah kerana itu mata kamu rosak dan hanya tinggal sebelah? Lelaki: Bukan itu sebabnya, mata saya terkeluar selepas menggunakan cangkuk untuk menyapu tahi itu."
|
|