Post by rajarockapak on Aug 23, 2009 0:25:50 GMT 8
INFO KAT BAWAH NI GUA AMBIL KAT FORUM2 LAIN UNTUK PENGETAHUAN BERSAMA..SEKURANG2NYA DAPAT LA TIP2 BERGUNA.
TAYAR.....
TAYAR adalah antara komponen terpenting dalam sesebuah kenderaan. Keengganan dan kecuaian menjaga dan menukar tayar tidak berbunga atau sering disebut tayar botak boleh mengundang masalah di jalan raya.
Tayar memainkan peranan penting ketika membrek dan mesti tahan lasak untuk menangani tekanan itu serta permukaan jalan yang ada kalanya tidak rata. Tayar juga mesti memberi keselesaan ketika mengambil selekoh dan kawalan stereng dalam apa juga keadaan.
Lazimnya, pengeluar tayar utama di negara ini sentiasa menyediakan tips keselamatan tayar kepada pemandu.
Berikut adalah antara beberapa panduan berguna:
Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita kerana jika tidak kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, kesemua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangkahayatnya dan yang paling penting,penggunaan minyak akan lebih sedikit.
Selepas mendapat saiz yang sesuai, cuba perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang seperti dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar di kilangkan (minggu dan tahun) dan batch pengeluaran di kilang. Jadi apabila tayar tidak memenuhi spesifikasi , maka senang bagi pihak pengeluar menarik balik tayar di pasaran. Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamt digunakan). Saya beri contoh rangkaian nombor yang ada 4001 bermaksud tayar tersebut di kilang pada munggu ke 40 tahun 2001 dan tarikh expired tayar tersebut sepatutnya minggu ke 40 tahun 2003. Jadi sekiranya kita dapat ada kedai yang menjual tayar dengan harga yang luarbiasa murahnya, cuba periksa tarikh tayar tersebut di kilang, mungkin tayar tersebut adalah tayar yang telah tamat tempoh penggunaannya. Dari pengalaman yang pernah diceritakan kepada saya, tayar yang telah tamat tempoh ini akan lebih senang meletup semasa kelajuan tinggi.
3. Tentang saiz tayar, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Biasanya seperti contoh ini 165/65R14 79T maksudnya, tayar itu mempunyai kelebaran 165 mm, ketebalan tayar (dari rim ke permukaan jalan) adalah 65 % dari kelebaran 165 mm.Huruf R bermaksud radial (senang citer bulat la). R14 plak bermaksud tayar radial bersaiz 14 inci diameter. Kat sini, pemilihan rim tayar yang betul menjadi faktor utama untuk memilih tayar kereta yg sesuai. Bg situasi ini, rim yg bersaiz 14 inci diameter hanya sesuai dipadankan dgn tayar yg bersaiz sama dgn saiz diameter rim, 14 inci diameter.Maksud 79 ni pula merujuk kepada carta "index keupayaan mengangkut tayar berat" yang ditetapkan diperingkat antarabangsa.Huruf T bermaksud, tayar tersebut sesuai untuk kelajuan sehingga 190 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar. Sekiranya dipandu lebih dari kelajuan tersebut, sifat fizikal akan berubah dan besar kemungkinan tayar tidak lagi berfungsi dengan baik.
Huruf T kat hujung 2 mawakili kelajuan maksimum untuk sesebuah tayar yg dibuat. Ini senarainya :
S-180 km/j
T-190 km/j
U- 200 km/j
H-210 km/j
V-240 km/j
Z-melebihi hadlaju 240 km/j
W-270 km/j
Y-300 km/j
Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.
4. Tentang jenis tayar pula, kebanyakkan kita lebih suka memilih tayar import terutama dari Japan. Harganya lebih mahal dan dikatakan lebih lembut. Memang benar, tayar seperti michelin, yokohama, falken etc. lebih lembut kerana, tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas dan apabila digunakan di Malaysia yang sememangnya panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangkahayat yang pendek (cepat habis bunganya). Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-heti semasa hujan.
5. Tayar sepatutnya di tukar kedudukannya setiap 3 bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz). Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotation tukaran tayar. Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang, belakang kanan ke depan kanan, depan kanan ke belakang kiri, depan kiri ke dalam boot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua rotation ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta.
6. Jika kita perhatikan bunga tayar selepas beberapa lama. Bunga mula menghaus. Sekiranya kadar kehabisan bunga di bahagian tepi kiri kanan tayar lebih cepat berbanding di bahagian tengah, ini bermaksud selama tekanan tayar adalah kurang dari yang sepatutnya. Sekiranya bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan terlalu tinggi. Sekiranya haus di bahagian luar sahaja, tayar kita terlalu mencapah ke dalam dan jika haus bahgian dalam sahaja, tayar kita terlalu mancapah ke luar (alligment tayar perlu dibetulkan). Sekiranya bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka absorber kita perlulah diganti.
* Segera tukar tayar jika bunganya sudah haus. Tayar begini mudah tergelincir, terjejas akibat kesan membrek dan kurang sensitif dari segi cengkaman. Dalam keadaan jalan basah, kenderaan mungkin terbabas dan menyukarkan kawalan pemandu.
* Pemilihan tayar memang penting untuk keselamatan, keselesaan, kawalan dan ekonomi.
* Membrek dengan mengejut boleh menyebabkan tayar tergelincir. Periksa tekanan tayar sekurang-kurangnya dua kali sebulan, ketika tayar dalam keadaan sejuk. Pengeluar juga menekankan keutamaan mengekalkan tekanan tayar.
* Jangan memandu dalam keadaan tayar rosak. Tukar atau perbaikinya secepat mungkin.
* Segera baiki tayar tidak normal. Biasakan memeriksa tekanan, penjajaran dan pusingan tayar. Elakkan tabiat buruk ketika memandu seperti memandu terlalu laju, membrek secara mengejut dan mengambil selekoh secara berbahaya.
* Pastikan tayar gantian sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan serta memiliki tekanan angin mencukupi.
* Jangan gabungkan tayar dengan jejari dan tayar tanpa jejari. Pada kelajuan tinggi, keadaan itu menyebabkan gangguan kestabilan kenderaan yang mengakibatkan hilang kawalan serta kecederaan serius.
* Sentiasa pastikan skru tayar dipasang dengan betul dan tidak terlalu ketat. Mustahil dapat membuka skru tayar dengan pembuka tayar biasa sekiranya ia terlalu diketatkan dengan mesin pembuka tayar udara.
* Jangan biarkan tayar lebih muatan. Carta berat dan tekanan angin biasanya terpapar di tempat mengisi angin di mana-mana stesen minyak.|
* Tayar hanya mampu menampung muatan maksimum jika ia memiliki tekanan angin maksimum.
* Jangan pasang tayar yang sudah digunakan sesuka hati melainkan anda tahu sejarahnya. Ia bermakna, anda bertuah sekiranya kakak anda menghadiahkan satu set tayar kerana beliau ingin membeli tayar baru.
2) Subjek: Bunyi Tayar
Secara amnya, semua tayar yang diisi angin dan bergerak dengan membawa beban (kereta) akan menghasilkan bunyi apabila menyentuh jalan. Oleh sebab itu, bunyi yang dikeluarkan oleh tayar apabila bergerak adalah perkara biasa. Perlu diingat bahawa bunyi yang dikeluarkan oleh tayar adalah sesuatu yang subjektif, maksudnya bunyi itu mungkin menggangu bagi sesetengah pemandu tetapi ia tidak mengganggu bagi pemandu-pemandu lain.
Berikut disenaraikan klasifikasi bunyi tayar dan penyelesaiannya.
* Bunyi akibat dari tayar yang mempunyai jenis bunga 'directional'
Bunga tayar jenis 'directional' adalah jenis bunga yang seolah-olah berbentuk 'arrow' dan bunga jenis ini mampu membelah air dengan lebih baik pada kelajuan tinggi. Tayar yang menggunakan bunga ini di kenali sebagai 'high performance tyre' dan biasanya ia terdapat dalam saiz 15 inci keatas dan 60 siri ke bawah. Bunyi yang dikeluarkan agak lebih sedikit berbanding tayar biasa kerana bentuk bunganya yang dicipta untuk prestasi tinggi. Ia amat sesuai untuk pemandu-pemandu yang sering menggunakan lebuhraya dan perjalanan jauh.
Penyelesaian
Sebelum membeli tayar baru, kita harus mengetahui tentang jenis tayar yang kita inginkan. Sekiranya kita mementingkan prestasi, pemilihan bunga jenis 'directional' ini adalah tepat.
* Bunyi setelah bunga tayar berbaki 30% hingga 70%
Umumnya, tayar dibahagian hadapan mempunyai beban yang lebih berbanding berbanding tayar belakang. Ini kerana tayar hadapan menggalas enjin kenderaan dan pemandu. Sekiranya 'rotation' tayar tidak dilakukan pada waktu yang betul, mengakibatkan tayar bunga hadapan akan haus lebih cepat berbanding tayar belakang. Kehausan yang tidak sama ini juga boleh menghasilkan bunyi yang lebih berbanding biasa.
Penyelesaian
Pastikan kita melakukan 'rotation' tayar setiap 10,000 km iaitu dengan memindahkan tayar belakang ke hadapan dan memindahkan tayar hadapan ke belakang. Ini harus dilakukan setiap 10,000km sehinggalah tayar haus.
* Bunyi akibat daripada kehausan bunga yang tidak sekata
Ini adalah satu masalah yang kerap melanda pemandu hari ini. Kelalaian dalam membuat penjajaran (alignment) kereta pada waktu yang sepatutnya mengakibatkan kehausan tayar yang tidak sekata. Akibatnya bunyi yang agak kuat akan terhasil.
Penyelesaian
Kita sepatutnya memeriksa penjajaran kereta setiap 10,000km. Ini untuk memastikan 'caster' dan 'camber' berada pada kedudukan yang betul.
* Bunyi akibat dari kerosakan tayar
Kerosakan tayar boleh dibahagikan kepada dua,
1. kerosakan hasil daripada kesilapan pemanduan
Pemanduan berhemat amat perlu bagi mengelakkan kemalangan. Kerosakan tayar akibat pemanduan boleh berlaku apabila
1. Brek kecemasan - Brek kecemasan boleh meninggalkan satu kesan pada bunga dan ini boleh mengakibatkan kehausan bunga tidak sekata, bunyi akan terhasil.
2. Terlanggar pembahagi jalan/batu dll - perlanggaran ini boleh menyebabkan tayar pecah atau bengkak. Jika tayar bengkak pada bahagian bunga, bunyi juga akan terhasil
2. kerosakan dari kilang
Tidak dinafikan terdapat tayar rosak yang tidak dapat dikesan sewaktu pengeluaran. Ini kerana ia hanya berlaku apabila bunga tayar berbaki 30% hingga 50%. Ia dipanggil 'separation'. Ia berlaku apabila sebahagian rangka tayar terpisah
daripada lapisan bunga tayar. Ini menyebabkan tayar bengkak sedikit dan ia boleh dilihat dengan mata kasar. Walau bagaimanapun, tidak semua 'separation' adalah masalah pengeluaran, tayar yang sudah ditampal akibat kebocoran dan juga boleh menyebabkan 'separation'.
Penyelesaian
1. Pandulah dengan berhati-hati agar tidak merosakkan tayar sendiri. Kesilapan ini menyebabkan kita terpaksa mengganti tayar baru.
2. Jika kerosakan dari kilang, tuntutan boleh dibuat dikedai-kedai tayar. Dinasihatkan supaya membuat tuntutan di kedai yang kita selalu berurusan. Tetapi tayar yang mengalami 'separation' akibat daripada tampalan bocor, tidak boleh dituntut gantirugi.
* Bunyi-bunyi lain yang disangkakan bunyi tayar
Kita perlu peka kepada bunyi-bunyi lain yang kita sangkakan berasal daripada tayar. Terdapat dua jenis bunyi lain yang sering dikatakan bunyi tayar.
1. bunyi akibat daripada kerosakan 'bearing'
2. bunyi akibat daripada permukaan jalan yang kasar.
Penyelesaian
Untuk mengesan bunyi 'bearing', pemeriksaan bolehlah dibuat dikedai tayar dan ianya perlu diganti.
Kesimpulannya, tayar yang dipilih untuk digunakan mestilah bertepatan dengan penggunaan kita sehari-hari. Janganlah kita memilih tayar yang salah dengan aplikasi kita seharian. Umpamanya memilih tayar prestasi tinggi (high performance tyre) tetapi kita hanya menggunakan kereta untuk ulang-alik ke pejabat di dalam bandar. Tayar tidak dapat memberikan kepuasan yang sepatutnya. Penjagaan tayar amat penting. Periksalah penjajaran dan lakukanlah pemindahan tayar depan ke belakang pada waktu yang sepatutnya. Kelalaian menyebabkan hayat dan utiliti tayar tidak pada tahap yang optimum.
BATERI....
BATERI adalah antara komponen yang begitu penting pada bahagian enjin sesebuah kenderaan. Tanpanya, enjin kenderaan sudah pasti tidak boleh dihidupkan. Begitu juga jika bateri kenderaan anda sudah lemah, rosak dan kekurangan air bateri.
Sebagai pengguna yang peka, anda seharusnya membuat pemeriksaan bateri dan kabelnya sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Anda juga perlu memeriksa bahagian kotak bateri kerana kerosakan pada bahagian itu boleh menjejaskan hayat kuasa bateri kenderaan anda.
Biasanya antara sebab kerosakan itu berlaku sehingga menyebabkan ia tidak tahan lama ialah kerana bahagian dindingnya merekah apabila diresapi asid bateri.
Bateri juga akan kehilangan kuasa sehingga boleh menyebabkan enjin kereta anda sukar dihidupkan jika menggunakan bateri yang sudah retak.
Bagaimanapun, anda masih boleh menggunakan bateri yang bahagian dindingnya sudah retak itu, tetapi perlu mengambil beberapa langkah tertentu.
Antaranya, pindahkan bateri kenderaan anda dengan meletakkannya pada lapik plastik. Anda sewajarnya membersihkan bahagian luar bateri itu terlebih dahulu dengan bahan pencuci seperti sabun serbuk bagi menghilangkan tompokan berminyak dan gris.
Kemudian renggangkan sedikit bahagian retak itu menggunakan pisau sebelum memasukkan simen khas ke dalamnya bagi menampung kerosakan. Batrepair, iaitu simen khas boleh dibeli di kedai aksesori kereta. Anda perlu menunggu sehingga simen khas yang disapukan pada permukaan retak itu kering sebelum mengambil tindakan lanjut.
Selepas kerja membaiki keretakan itu selesai, anda bolehlah memasukkan cecair asid ke dalam lubang disediakan pada paras ditentukan.
Bagaimanapun, anda disyorkan membawa bateri yang dibaiki itu ke bengkel kereta untuk ujian daya kuasa menggunakan alat pengecas khas. Sesetengah bateri yang baru dibaiki boleh dipulihkan kuasa elektriknya ketika enjin kereta dihidupkan.
Perlu diingat, jika terlalu lama mengecas bateri, ia boleh merosakkan bahagian kepingan plumbum. Keretakan plumbum akan menyebabkan daya kuasa bateri menjadi berkurangan sekali gus bateri kenderaan anda terpaksa ditukar.
Bagaimanapun, sesetengah kereta memerlukan alat pengecas khas yang mungkin mengambil masa kira-kira sejam sebelum boleh digunakan.
Pastikan selaput asid yang melekat pada terminal negatif dan positif bateri dibersihkan dari semasa ke semasa sebagai langkah kuasa bateri bertahan lama.
Cara mudah menghapuskan selaput asid itu ialah dengan menuangkan air panas di kedua-dua terminal itu.
Bagaimanapun, anda perlu berhati-hati ketika menuangkan air panas ke bahagian terminal itu agar tidak terkena pada komponen lain. Kesan sampingan jika selaput asid memenuhi terminal ialah akan menyebabkan arus elektrik tidak sampai ke beberapa komponen yang memerlukan.