Post by jobot on Jun 19, 2008 16:17:54 GMT 8
Nie aku dapat dari seorang teman....renung2kAN LAH...
Subject: [Relexjap] IDWR - Saya Tak Ampunkan Dosa Isteri!
Saya sering membaca kisah-kisah yang dipaparkan dalam
ruangan ini yang banyak mengisahkan kecurangan suami
sahaja. Biasanya kaum wanitalah yang sering mengadu
tentang keburukan kelakuan, tabiat dan perbuatan
sumbang suami masing-masing.
Namun saya tak salahkan mereka kerana mereka yang
merasakan penderitaannya tentulah sakit hati dan ingin
meluahkan perasaan masing-masing. Mereka tahu cerita
mereka menjadi rahsia, dan apa yang tersemat di hati
mereka cuma penulis sahaja yang tahu.
Tetapi kali ini saya ingin mencurahkan perasaan saya.
Kalau selalunya wanita berasa tertipu dengan suami
masing-masing, perasaan saya lebih sakit lagi apabila
dikhianati isteri sendiri. Demikian cerita Zain ketika
penulis menghubungi beliau setelah membalas e-melnya
kerana ingin bertanya lebih lanjut lagi.
Memang terkejut tetapi bukan mustahil boleh berlaku
kerana dunia ini pentas dan kita semua adalah
pelakonnya.
Apa perasaan puan bila baca cerita saya, terkejut tak?
Tentu terkejutkan! Saya rasa bukan saya seorang sahaja
suami yang berperasaan demikian. Ada lagi mungkin
tidak ramai kaum lelaki yang mempunyai pengalaman
pahit seperti yang saya lalui, tetapi mereka suka
mendiamkan diri. Dulu saya pun menyimpan perasaan yang
sama, tetapi semakin lama kita simpan semakin perit,
pedih dan menjadi racun berbisa..
Jadi hari ini saya luahkan kepada puan,
pertimbangkanlah. Memang benar zaman ini macam-macam
perkara yang kita tak sangka boleh berlaku. Demikian
pengalaman pahit yang saya lalui.
Saya bekerja tetap tahun 70-an, oleh kerana saya
daripada keluarga susah, ramai adik-beradik, maka saya
amat sayangkan kerja. Saya bekerja tak tentu masa
kerana terlalu gembira dengan tugas, sesuatu yang saya
idam-idamkan selama ini.
Walaupun saya mendapat tawaran ke U tetapi saya tolak,
sebab keluarga miskin, jadi saya berkorban supaya saya
boleh bekerja dapat duit, bantu ayah sekolahkan
adik-adik. Saya bersyukur semua adik-beradik saya
berjaya dalam pelajaran, lulusan U dan semuanya
memegang jawatan yang baik juga.
Biarpun saya tidak lulus U tetapi kerana dedikasi dan
ketekunan bekerja, saya naik pangkat dan menjawat
jawatan yang baik. Ini balasan Allah daripada
pengorbanan besar yang saya lakukan demi pelajaran
adik-adik saya.
Kerana terlalu sayangkan kerja, saya terlupa usia
semakin meningkat dan tak kahwin. Hidup saya cuma
rumah dan tempat kerja saja. Sebelum pukul 8 saya dah
mula bekerja dan balik pukul 6 pet ang ada kalanya
lewat malam. Dan bila kerja banyak ada kalanya sampai
pagi. Hari Ahad dan Sabtu sama saja. Ada satu ketika
rutin ini berterusan hingga 114 hari, termasuk hujung
minggu dan cuti umum, hingga risau ibu di kampung.
Saya hanya lulus MCE, tetapi nasib menyebelahi saya.
Jawatan kerajaan yang dipegang adalah idaman ramai.
Pendapatannya lumayan bagi seorang bujang umur 20-an,
dapat kereta baru, dan dihormati ramai, tentu glamor
juga di mata gadis-gadis.
Tetapi kerana taksub dengan kerja, saya lupa dunia,
hiburan dan hidup berkeluarga. Akhirnya ketua jabatan,
seorang pengarah merancang konspirasi menjodohkan saya
kerana tidak mahu melihat hidup saya habis di pejabat.
Awal tahun 70-an usia dah dekat 30 tahun masih bujang.
Di pejabat, saya digelar the most eligible bachelor.
Konspirasi mereka menjadi, mereka memaksa saya
berkahwin dengan seorang gadis yang boleh dikatakan
cantik juga.
Anak ulama daripada keluarga agak tersohor dan
dikenali secara peribadi oleh ketua jabatan saya.
Hampir setahun berkenalan, akhirnya saya mendirikan
rumah tangga dengan Hamizan.
Belum dua tahun berkahwin, Hamizan melahirkan anak,
disusuli seorang lagi tiga tahun kemudian dan ketiga,
lima tahun kemudian. Dalam pada itu saya dinaikkan
pangkat, melayakkan saya menduduki banglo kuarters
kerajaan di KL. Saya juga dianugerahkan bintang
kebesaran Persekutuan, semua dalam tempoh kurang 13
tahun saya bertugas.
Hamizan bekerja di sebuah badan berkanun.. Dia gemar
bersukan apa jenis pun dan aktif berpersatuan. Rajin
menyertai kegiatan kesenian dan kebudayaan, seperti
menari dan berdrama. Kebolehannya ini membawanya ke
seluruh negara dan ASEAN dalam misi mengeratkan
silaturahim antara badan-badan yang sama antara negara
tersebut.
Kerana aktif berpersatuan, dia sering pulang lewat
selepas pukul 8 malam dan kadangkala sehingga pukul 10
malam. Saya tidak merasa syak-wasangka kerana kami
diketahui ramai sebagai pasangan ideal. Tetap bergurau
senda, berpegang tangan semasa berjalan dan tidak
kurang menunjukkan affection pada bila-bila masa. Kami
saling sayang-menyayangi.
Suatu hari lebih kurang sedekad lalu, seorang hamba
Allah menelefon saya dan bertanya mengapa saya biarkan
isteri diusung orang merata tempat. Saya jadi bingung
kerana selama ini Hamizan tidak menunjukkan sebarang
tanda dia curang selain pulang lewat. Sungguhpun saya
sangsi cerita pemanggil itu, namun hati saya mula
curiga. Saya bawa bertenang, dan tidak terburu-buru
menyergah Hamizan. Saya cuba siasat sendiri.
Suatu hari saya pulang pukul 3 pagi, dengan kehendak
Allah jua saya ternampak bukti pertama sebuah diari di
sebelah Hamizan, ketika itu dia tertidur. Hampir pitam
saya bila membelek diari itu. Rupa-rupanya dia keluar
masuk hotel dengan teman-teman lelakinya, termasuk
orang berpangkat tertinggi di jabatannya, juga
berpangkat rendah.
Bila diajukan dengan bukti Hamizan tidak dapat
mengelak daripada mengakuinya. Dia menceritakan
segala-galanya, termasuk kecurangannya. Mahu saya
cekik dia ketika itu. Tapi ingatkan anak-anak dan
maruah keluarga, saya mengucap berkali-kali. Ketika
itu anak-anak sedang membesar dan pencapaian pelajaran
mereka amat menggalakkan. Mengenangkan masa depan
mereka, saya tidak bertindak. Kalau dulu saya
berkorban untuk adik-beradik, kali ini saya berkorban
untuk anak-anak, maruah mereka dan keluarga saya.
Walaupun marah, namun saya beri amaran keras bahawa
sekiranya perbuatan ini berulang lagi padahnya amat
berat.. Dia menangis meminta ampun.
Malangnya pisang berbuah banyak kali. Hamizan
mengulangi kegiatannya meskipun tidak lagi pulang
lewat. Kali ini saya menemui bukti setelah menerobos
masuk ke e-melnya. Kali ini temannya seorang jurutera
sebuah syarikat telekomunikasi dan seorang jeneral
yang pernah dikenali semasa remaja. Saya tak mahu
marah lagi, kerana inilah sifat buruknya yang sebenar.
Mulai hari itu antara kami sudah tidak ada apa-apa.
Namun untuk meyakinkannya saya hubungi teman-temannya
itu, dan berjaya mendapatkan pengakuan bertulis
mereka, ada juga secara lisan. Saya beritahu mereka
perbuatan mereka akan ada balasannya, tiada statute of
limitation, bermakna balasannya mungkin serta-merta,
lepas lima tahun atau 20 tahun, bila-bila saja. Allah
maha besar.
Apa yang menghairankan saya, Hamizan bukan anak orang
sembarangan, dia anak ulama, pandai mengaji al-Quran
kalau berlagu ala qari terkenal Ismail Hashim, baca
Yasin setiap malam Jumaat dari dulu sampai sekarang,
sembahyang, puasa, termasuk yang sunat, tak pernah
tinggal, bertudung, pakaian sopan. Malah kalau
berzanji merdu suaranya. Setelah difikirkan baru saya
sedar, apa yang dilakukan adalah untuk mengaburi mata
saya daripada melihat maksiat dan kecurangan yang
dilakukan di luar.
Walaupun saya begitu marah tetapi memukul tidak
sekali-kali. Saya bawa bertenang kerana memikirkan
anak-anak kami ketika itu sedang membesar. Tetapi
sedihnya peristiwa pahit dalam kehidupan saya, belum
berakhir. Satu hari anak kedua saya Nuraine yang
melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di
IPTA pulang bercuti. Sampai di rumah dia terus memeluk
saya dengan tangisan. Katanya, dia bukan anak saya.
Darah kami berlainan.
Saya terkejut besar. Bila saya tanya mana dia tahu,
katanya ketika menderma darah dia dapati jenis
darahnya tidak ada persamaan dengan darah saya. Saya
langsung tidak terfikir kecurangan Hamizan sampai ke
tahap ini.
Hamizan ketika ditanya menafikan, namun ujian darah
membuktikan bahawa Nuraine adik-beradik dengan
anak-anak saya yang lain, satu emak tetapi lain ayah.
Hamizan tetap berdegil tidak mengakui kesahihan ujian
tersebut, meskipun saya dapat agak siapa sebenarnya
ayah Nuraine.
Malah pernah rakan-rakan sepejabat Hamizan ada
mengatakan wajah Nuraine sama seperti salah seorang
pegawai tinggi di pejabatnya. Tetapi Hamizan
menafikan. Bukan sekali dua wajah Nuraine menjadi
pertanyaan ramai, banyak kali.
Hamizan kini masih sebumbung dengan saya, tetapi saya
tidak pernah menyentuhnya sejak hampir 10 tahun lalu.
Anak-anak tidak menghormatinya lagi. Mereka enggan
bertegur sapa, tidak bercakap sopan, kalau bercakap
pun dengan kasar, membuatkan Hamizan menangis.
Anak-anak tahu perbuatan keji emak mereka dan tahu
pengorbanan saya demi menjaga hati, maruah dan
pembelajaran mereka. Anak sulung saya kini
star-performer di jabatannya. Nuraine mewakili
syarikatnya bertugas di Eropah sementara anak ketiga
akan tamat pengajian tidak lama lagi. Inilah
pengorbanan saya. Biar hati lebur asal anak-anak
bahagia.
Yang penting saya tidak mahu korbankan masa depan
mereka dengan sikap saya yang tidak sabar dan
mengikutkan rasa saya.
Nuraine hampir setiap hari menelefon saya bertanya
khabar. Anak-anak lebih sayangkan saya dan lebih suka
berbincang dan berbual dengan saya daripada emak
mereka. Inilah sebabnya saya masih tidak menceraikan
Hamizan.
Saya tetap tidak mengampunkan Hamizan. Biar dia nazak
dan meminta maaf atau saya sedang nazak dan dia sujud
menangis meminta ampun, saya tetap tidak akan
memaafkannya. Saya tahu Allah Maha Pengampun, Nabi
Muhammad juga mengampunkan umatnya. Namun, saya bukan
Allah dan saya juga bukan Nabi Muhammad. Saya seorang
biasa dan tidak akan melakukan sesuatu untuk menyamai
Allah atau Nabi.
Ada saya terbaca bahawa ibadah seseorang isteri tidak
diterima Allah sekiranya dia melakukan dosa besar
terhadap suaminya dan tidak mendapat pengampunan
daripadanya. Jika benar, saya tidak akan mengampunkan
apa juga dosa Hamizan. Sungguh saya tidak menyangka
kebahagiaan, kesenangan, kesetiaan dan kepercayaan
yang saya curahkan kepada dia disia-siakan.
Kalaulah membunuh bukan satu kesalahan dan tidak
membawa aib kepada keluarga, sudah lama saya
cincang-cincang Hamizan untuk menjadi jamuan
anjing-anjing liar di tepi jalan dengan daging
busuknya, demikian cerita Zain.
Nampaknya Zain telah melakukan pengorbanan besar bukan
sahaja untuk adik-beradiknya, anak-anaknya malah
menjaga nama baik dan maruah mentuanya. Namun saya
tertanya-tanya apakah Zain sudah bertanya kehendak
Hamizan untuk masa depannya? Mungkin dia ingin menjadi
burung yang terbang bebas? Kepada pembaca, dapatkah
anda pertimbangkan jika mempunyai isteri yang curang
seperti ini?
------- End of Forwarded Message