jani
Ahli Forum MyPS
Posts: 6
|
Post by jani on Jan 1, 2009 22:53:01 GMT 8
Ada sesiapa yang pernah pakai minyak ni tak? Kalau ade bleh bagi review sket. Aku ade review dari orang yang pernah pakai dan dia kata minyak ni bagus. Harga untuk fully synthetic ialah RM115 untuk bukan ahli CNI dan RM92 untuk ahli CNI. Mamat ni kata minyak ni kalau dah pakai sampai 12k pun masih bagus lagi. Engine masih smooth je. Aku tak tahulah betul ke tidak. Setakat ni aku baru guna 2 jenis minyak je Petronas Synthium semi synthetic ngan Mobil 1 Fully synthetic. Dari pengalaman aku minyak Petronas ni masa mula2 tukar memang bagus, engine smooth je nak rev pun takde masalah. Tapi baru tak sampai 4k guna dah tak berapa best dah. Engine rasa berat je pestu bunyi pun agak kasar sket. Itu aku dah letak sekali engine treatment X-1R. Kalau minyak Mobil 1 ni setakat aku dah lenjan sebanyak 7k ni performance memang bagus. Tapi tak tahulah bila masuk 8k atau 9k macam mana nanti. Lagipun minyak Mobil 1 ni mahal sket kalau beli kat SC dalam RM215 sebotol, kalau kat Carrefour pulak leh dapat RM149.90. Murah sket. huhu.. ;D Tapi kalau ada sesiapa yang dah pakai minyak Motobest ni boleh share pengalaman ok. Berminat jugak aku tengok harganya. Tambah pulak dia dah ada treatment sekali so takyah letak X-1R tu. hehe...
|
|